Monday, July 06, 2015

Tukar peranan 2

Adek.amani bam bam

Assalamualaikum

Untuk hari kedua untuk pendekatan tukar peranan.

Pada ibu sangat menarik sebab ibu lebih kenal kecendurangan anak anak.

Angah
"Ibu abang nak tolong ibu basuh botol susu adek amani pagi ni. Tapi ibu tolong abg iron baju abg teih."
"Baju abg , abg iron sendiri ."
Soalan ibu
"Kenapa angah nk ibu iron baju abg teih"
Jawab angah
"Abg suka basuh pinggan..kemas meja dr iron baju. Abg iron baju tak cantik. Sian abg teih nt pakai baju tak kemas"

Sangat menarik. Ibu lebih tahu kecenderungan angah.
Dia lebih suka tolong kerja rumah.
Angah sgt prihatin untuk.abg teih.
Baguskan..

Kakak
"Ibu kakak tolong ibu basuh pinggan tapi ibu tolong kakak iron baju kaklang.
Nanti kakak sempat kakak tolong angah basuh botol adek amani."
Semasa perbualan berlaku kakak sudah selesai melaksanakan tugas tersebut.

Ibu sgt tersentuh

Kaklang

"Ibu, alang kemas tak pandai nak masukkan cadar angah..boleh tolong?"

Boleh!..jom kita buat sama sama

Alhamdullillah.. syukur sangat. Allah ilhamkan ilmu ini untuk kebaikan.

Ya allah moga kami terus beristiqamah untuk melakukan kebaikan.


Sunday, July 05, 2015

Tukar peranan

Moga kita tergolong dlm golongan yang bertemu dan memanfaatkan al qadr

Assalamualaikum
Hari ini saya mencari solusi yg membolehkan kerja rumah siap dan kebajikan anak anak terjaga.

Semasa bersahur tadi ibu tawarkan pafa anak anak siapa nak tukar peranan dengan ibu. Dengan syarat perlu buat mcm ibu buat.

Kakak menyuarakan pendapat . Tidak berminat dan tak sanggup amik risiko.
Angah berminat . Dan alhamdullillah angah siapkan semua kerja yang ibu perlu buat. Cuci pinggan, cuci botol adek Amani, kemas dapor dan kemas table top.

Sebagai gantinya, ibu hanya perlu 'iron' baju angah sahaja..
Hurmmm.i like... dapor kemas..ibu pun tak perlu bising pagi pagi.
Angah pun baju sekolahnya kemas  dan bersaiz.

Alhamdullillah
Allah ilhamkan saya hal ini.


Thursday, May 28, 2015

Bila semua online

Assalamualaikum
Gelak kat diri sendiri😆

Bayar bil sekarang..rasanya dah 7 tahun gunapakai online..sejak pindah Jitra.

Kalau bill lambat,tapi rasa nk bayar agak agak saja bayar.

Bil mak pun camtu. Bila lambat bayar nanti akan ada tunggakan. Lambat bayar ni maksudnya  bayar online tapi melebihi cut of date. Mak selalu call tanya kenapa bil dia ada tunggakan..hua hua..
Tadi ke TM settle bil kawan. Saja gatal tangan gi kat mesin tekan sana tekan sini.

Pastu..oooo... mcm ni..sampai pakcik guard yg baik datang dan bertanya
Cik puan ada masalah...
Hehehe termalu sendiri
Terasa sangat la jakun..hua hua


Tuesday, May 26, 2015

Pesanan untuk ibu dari anak anak😍


Tips Handle Anak.

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka dimata kita

Credit untuk penulis


Monday, May 25, 2015

Masa

Assalamualaikum

Selalu merungut kenapa tak nak tidor . Sebab ibu nak buat kerja rumah yang tidak pernah habis.
Sebab ibu nak tengok kakak,angah,kaklang dan abg teih ngaji
Sebab ibu nk buat itu ini.
Amani memang dalam fasa berkepit dengan ibu.
Tetapi ibu lupa.
9 jam ibu tinggalkan dia bersama pengasuh. Ibu lupa 9 jam Amani mencari mana ibu.
Ibu lupa 9 jam Amani hanya minum Ebm.

Ibu merungut rungut. Allah..lemahnya ibu kamu nak!.

Kamu guru ibu yang terbaik. Kamu ajar ibu erti sabar. Erti kehidupan.

Moga ibu mampu didik kamu menjadi anak yang beriman kepada Allah..ameen


Kucing

Assalamualaikum

Terbayang dimata bagaimana sampainya hati seorang lelaki dlm pertengahan usia mengambil anak kucing lalu melontar ke dalam semak.

Senak perut memikirkan. Sebenarnya tak nampak pun peristiwa ini. Hubby yang cerita. Kisahnya...
Petang sabtu jiran  bgtau ada anak kucing jatuh dalam longkang .
Kakak dan angah memang pencinta haiwan.
Diambilnya kucing tersebut ,dimandi dan diberi makan.
Namanya pun haiwan. Bukannya dia faham bila dibagi tahu jangan masuk dalam rumah. Ibu  memang jenis penakut dengan kucing. Tapi depan anak berlakon ibu berani.
Hubby sangat maklum. Dia masukkan kucing dalam sangkar. Sangkar yang digunakan pula sangkar burung. Alahai..bayangkan la.
Kakak kesian..dia keluarkan kucing tersebut sebelum ke sekolah
Hubby nampak hamba allah ambil kucing tersebut dan lemparkan ke dalam semak depan rumah
Allah ..allah..
Hati lelaki hubby pun terusik ..apatah lagi kita yang perempuan
Selang 5 minit, terdengar bunyi kucing. Kakak berlari dan ambilkan kucing tersebut.
Gigihnya hubby dan anak anak bina sangkar sementara. Ibu dalam diam rebus ikan untuk makanan kucing.
Topik semalam dirumah berkaitan kucing.

Saya memang tidak suka dan tiada niat untuk membela kucing. Tetapi tidak juga sampai hati untuk berkelakuan begitu.

Setiap sesuatu Allah buat, pasti ada hikmah. Untuk kita mengambil iktibarnya.
Mungkin dengan kehadiran kucing tersebut menjadi aktiviti baru bagi anak anak dan keluarga.

Allah Maha Pengatur Dan Maha Tahu.


Wednesday, May 13, 2015

5 bulan 1 hari

Saya dah 5 bulan

Saya baru pandai pusingkan badan. Berat saya dah 7 kilo.

Saya masih minum susu ibu. Ibu suka cakap
Ibu makan dulu ya

Lepas tu ibu makan tanpa perasaan. Ibu cakap saya belum boleh makan. Minum susu ibu saja..semua ada.


Tuesday, May 12, 2015

Pertama kali berkhemah



Assalamualaikum

Semuga dibawah rahmat Ilahi.

Hari ini dalam sejarah untuk kakak dan juga ibu kakak. Kakak akan sertai Kem Jati Diri. Lokasi di Pusat Koko Pedu.

Dari minggu lepas dia sebuk tanya ibu.
*ibu best tak camping
*ibu tak sabar nk pi camping
*ibu nanti camping tu tidoq dalam khemahkan?
Last sekali ayat dia yang ibu melting
Ibu cerita la kat kakak..ibu kan bekas pendaki..kalau bekas pendaki mesti campingkan.. dengan muka sengih2

What a sweet kakak!

Semalam melayan dia kemas bag. Bertuahnya kamu kakak. Nak sertai perkhemahan, ada beg yang sesuai..ada pakaian yg sempurna..
Dah serupa ibu yang nak sertai perkhemahan.
Dari pilih baju,masukkan ke dalam beg semuanya ibu.

I have seen me in kakak..she very determine..she know what she want. Sgt responsibility and protective. Kakak always be a place for her sibling to share..

First time kakak away dari rumah. Sebelum ini kakak biasa tidor di hostel. Semasa perlawanan bola baling peringkat Negeri Kedah. Kakak wakil daerah. The other half pula coach. Walau kakak tidur hostel tapi ayah ada. Kali ini tanpa pemantauan ayah.
Bertuah satu sudut menjadi anak guru dan bersekolah sama..ehehe..semua aktiviti ayah pantau

Kakak cerita, ayah ambil masa yang lama untuk benarkan kakak sertai perkhemahan ini.
Kakak cakap  bila ayah cakap boleh..kakak jerit Yes! ..dalam hati saja ..ehehehe

Bgtau kakak.. you are his first daughter..of course ayah amik berat.
Kakak komen..ayah tu protective sangat..
Hahahaha..bab ni ibu setuju.. slowly terangkan pada kakak.. That is ayah!. Alhamdullilah kakak faham.

To recorded a few sweet touch from the other half.
1. Belikan kakak tshirt baru
2. Belikan kakak baju hujan. Warna pink lagi..
3. Tengah kemas barang ..hulurkan kakak biskut untuk bekalan.
4.Belikan kakak air mineral dan bgtau kakak simpan dlm beg. Ini untuk kakak. Ibu senyum senyum part ni..
Sungguh ada hati dalam teman..ehhehe


Pagi ni hubby cakap..

Kaklang..abg teih..salam kakak. Nanti kakak nak pi camping..khamis baru balik.

So sweet hubby💟☺..

Yes i know..his worries so much..kalau dekat Pedu dengan rumah..harus dia pi jenguk..ehehe

All the best kakak. New experience will lead u new thing.

Ibu pun nervous. Tapi ibu as usual jarang tunjuk..dalam hati hanya Allah yang tahu..ehehhe