Wednesday, February 20, 2013

Outstation

salam semua
Terima kasih kak PB, arena dan semua yang membaca  posting terdahulu. Niat memang nak menyambung dunia blog. Sebab rasa sayang memori yang tidak terakam.

Menulis memang terapi. Selepas posting tajuk bersalah. Alhamdullilah ALLAH izinkan untuk setiap hari memasak dan anak anak boleh bawa bekal.  Bekalnya jangan ditanya. Ikut bar kerajinan. Tingga bar kerajinan, mungkin istimewa , kurang bar kerajinan mungkin kurang istimewa. Tetapi yang pasti ada satu perasaan yang menyelinap dalam setiap urat saraf bila dengar ini

LA; muacchh tq ibu buat bekal
LC: wah sedapnya .. adik suka
LE: boleh nana ajak kawan nana makan?

Cerita berlegar sekitar makanan.

Malam ini iv kena kerja luar kawasan. Flight dijangka 9.20mlm. Jumaat malam baru sampai Jitra semula. Alhamdullillah ALLAH gerak kan hati. Sabtu lepas siap sterika semua baju sekolah. Sungguh ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.

Dengar mulut mulut comel berdiskusi sesama sendiri

LA: angah , ibu kena pi KL la rabu malam ni. Macam mana kita ni
LC: la tak bestnya
LE: mana aci , ibu pi sorang saja.

kemudian keputusan bersama diambil hasil berdiskusi. LA menjadi wakil.

LA: ibu , betul ke ibu kena pi KL rabu malam.
ibu: yup..
LA: ibu sedih la ibu takdak..
ibu: sat saja..ibu masakan lauk, nanti kakak panaskan saja untuk makan.
suara mulut kecil bersama.: yes...!!

Walau ibu tiada dua hari, moga air tangan ibu menjadikan ibu sentiasa disisi. YA ALLAH mudahkan urusan kami sekeluarga . Semuga urusan Maktam [ pengasuh Harraz] hubby dimudahkan.
Juga kebaikan untuk semua umat nabi Muhammad SAW.


No comments: