Sunday, February 08, 2015

Little Angle..tahniah kakak.

Assalamualaikum
Lamanya tak update..
My little angle dah 11 tahun. Satu tempoh yang panjang bila disebut,tapi ibu yang mengharunginya rasa..allah sangat cepat masa berlalu.

Foto tersebut adalah foto pertama LA menang pertandingan. Dia selalu masuk pertandingan di peringkat sekolah. Tetapi Allah aturkan 'lesson' untuk LA jadi lebih kuat dengan selalu gagal selepas berusaha.

Ya ibu akui..sangat tersentuh apabila LA telefon ibu dan menangis bila khabarkan kemenangan dia.
To my little Angle ..ibu bangga dengan kakak. Menang kalah adat permainan tapi pengajaran yang kakak dapat.
Dalam hidup perlu terus belajar untuk jadi yang bermanfaat.
Ibu pun belajar dari anak anak ibu.


No comments: