Tuesday, March 24, 2015

Anakanda syurga yang baik

Assalamualaikum

Selawat dan salam untuk junjungan Baginda Rasullullah , keluarga dan sahabat baginda.

Dengan kehadiran Dr Nik Nur Amani Alhafizah yang berusia 3 bulan 12 hari, rutin di rumah memang sukar ditetapkan.

Semalam anakanda syurga Dr Amani Alhafizah tidor agak lewat. Selepas dia tidor baru ibu boleh selesaikan rutin harian. Sementara menunggu anakanda Dr Alya Afifah menggosok baju, ibu keluar untuk menyidai baju di luar.

Kakak dan angah alhamdullilah belajar kemahiran menguruskan diri sendiri. Urusan menggosok pakaian mereka berdua dilaksanakan sendiri. Tanpa bantuan ibu lagi.

Sesuatu yang kecil pada mata kita yang dewasa , besar bagi kanak kanak yang berusia 10 tahun. Tambahan lagi dilaksanakan dengan kerelaan sendiri.
Alhamdullillah.. angah bantu ibu gosok baju adindanya Dr Harraz. Nyaman rasa di hati..

Angah: ibu abang gosok baju abg teih.
Ibu: allah..terima kasih angah yang baik. Baiknya angah tolong ibu walau ibu tak minta
Angah: tapi abang tak iron seluaq abg teih. Tak tau nak buat size.
Ibu: terima kasih sebab iron baju sekolah abg teih. Takpa seluaq tu..sat lagi abis kakak iron ,ibu buat.
(Loghat utagha☺)

Ya allah yang Maha Lembut, Yang Maha Pengasih. Permudahkan urusan anak anak saya, pelihara hubungan kami,berilah kami rasa sayang , rasa kasih sehinggah ke syurga..allahumma ameen..


No comments: