Tuesday, April 14, 2015

Gula sekilo dan air tebu sebungkus

Assalamualaikum

Terbayang mata Fatimah dan Najiha sebentar tadi.

Semasa pulang dari Pekan Jitra..ibu nampak 2 orang kanak kanak sekolah. Berjalan berduan untuk pulang kerumah. Sampai di gerai jualan air tebu ,dua kanak kanak ini berhenti seketika. Tetapi tidak membeli. Ibu berhentikan kereta dan panggil dua kanak kanak tersebut. Deruman kereta yang kuat mengatasi suara ibu. Belikan 4 bungkus air tebu. Niat di hati dua untuk kanak kanak tadi dan 2 lagi untuk Guard di pejabat.

Semasa menyerah air tebu tersebut berikut adalah perbualan ibu dan kanak kanak tersebut.

Ibu: Nama apa ya?
1: Saya Najiha
2: Saya Fatimah

Ibu:Darjah berapa ni
1&2: 3 dengan nada serentak

Ibu:makcik belikan air ni.Ambil satu setiap seorang ya.
1:saya nak bagi adek
Ibu: awat nak bagi kat adek
1:Kesian kat adik, tadi dia tak bawa ayaq.
Ibu: awat tak bawa ayaq
1:Gula takdak. Mak buat kuah
Ibu: kuah apa
1:kuah roti canai. Ayah juai kat Gelong.

😐😐😐😐
Allah beri gerakan hati untuk ibu beli air tebu supaya ibu bersyukur. Anak ini sangat tulus hatinya. Begitu sekali dia menyantuni adiknya.
Semasa pemanduan di dalam perjalanan pulang..ada orang menangis..

Ya allah cukuplah kami dengan rezekiMu yang Halal..
Allahumma ameen


No comments: