Monday, May 25, 2015

Kucing

Assalamualaikum

Terbayang dimata bagaimana sampainya hati seorang lelaki dlm pertengahan usia mengambil anak kucing lalu melontar ke dalam semak.

Senak perut memikirkan. Sebenarnya tak nampak pun peristiwa ini. Hubby yang cerita. Kisahnya...
Petang sabtu jiran  bgtau ada anak kucing jatuh dalam longkang .
Kakak dan angah memang pencinta haiwan.
Diambilnya kucing tersebut ,dimandi dan diberi makan.
Namanya pun haiwan. Bukannya dia faham bila dibagi tahu jangan masuk dalam rumah. Ibu  memang jenis penakut dengan kucing. Tapi depan anak berlakon ibu berani.
Hubby sangat maklum. Dia masukkan kucing dalam sangkar. Sangkar yang digunakan pula sangkar burung. Alahai..bayangkan la.
Kakak kesian..dia keluarkan kucing tersebut sebelum ke sekolah
Hubby nampak hamba allah ambil kucing tersebut dan lemparkan ke dalam semak depan rumah
Allah ..allah..
Hati lelaki hubby pun terusik ..apatah lagi kita yang perempuan
Selang 5 minit, terdengar bunyi kucing. Kakak berlari dan ambilkan kucing tersebut.
Gigihnya hubby dan anak anak bina sangkar sementara. Ibu dalam diam rebus ikan untuk makanan kucing.
Topik semalam dirumah berkaitan kucing.

Saya memang tidak suka dan tiada niat untuk membela kucing. Tetapi tidak juga sampai hati untuk berkelakuan begitu.

Setiap sesuatu Allah buat, pasti ada hikmah. Untuk kita mengambil iktibarnya.
Mungkin dengan kehadiran kucing tersebut menjadi aktiviti baru bagi anak anak dan keluarga.

Allah Maha Pengatur Dan Maha Tahu.


1 comment:

izawani said...

Sama la... akak suka kucing... tak la nak bela sakan... nak main dengan mereka jer. Tapi bila dengar orang merungut rungut pasal kucing... alahai... tak tau nak buat camna...

Akak pun rumah penuh dengan tahi kucing... dalam rumah pun bila mereka masuk... tapi yer la... cuci dan buang jer la.

Hubby selalu beli makanan kucing... mana mana kucing yang lapar, akan tumpang makan sekali...

Mana yang sakit... kami kasi ubat. Adeh... lama tak pegi pet shop... lupa nak beli ubat mereka... jadi gatal dan kudis...

Errr... gitu ler...

Kami tak la sampai hati nak buang kucing tu semua... tapi kalau sapa sapa sampai hati... pi la buang... atau bela la kalau rasa cute sangat. Kami ada kucing yang memang kami letak dalam umah... itu jer jgn amik... :)