Sunday, May 10, 2015

Bercampur campur

Lepas ke tadika kaklang terus balik ke pejabat. Sampai tempat parking scroll fb. My dear amichu.. adek yg no 4 tag me tentang hari ibu. Scroll fb dia ..jumpa posting di atas.
😭😓

Arini abah dah lebih setahun tinggal kan kami. Tapi rasanya masih baru.

Terasa masih baru bersembang dengan abah bab tanah,bab pengajian adek,cucu abah.
Sungguh..sangat rindu.. tiada bahasa hendak dizahirkan.
Bersyukur ke hadrat ilahi. Abah dijemput tatkala anak anak abah dah berjaya. Hanya adek yang bongsu masih belajar.
Bersyukur tatkala abah di akhir usia ada disisinya. Sempat kakak dan angah abiskan bacaan yassin untuk abahwan mereka.
Bersyukur semasa abah dijemput Allah diberi peluang khidmat padanya.
Allah bagi sedikit kefahaman tentang berjasa kepada kedua ibu bapa. Walau kekadang terpaksa cuti, masuk pejabat lambat, gaji bulanan habis unt perubatan dan minyak kereta..tidak pernah menyesal. Malah sangat menghargainya.

Abah tinggal legasi ini. Abah suka jamu orang makan. Abah suka minta mak masak untuk dijamu pada org. Abah cakap jgn tunggu kaya untuk bersedeqah. Jangan tunggu ikhlas untuk berbuat baik. Abah cakap buat baik kena belajar baru jadi kebiasaan.

In sya allah abah. Kakak akan semat kemas2 pesanan abah. Sekarang kakak jadikan kemestian setiap hari bersedeqah waima dengan sebungkus nasi lemak. Pahalanya kakak sedeqahkan unt abah. Moga allah hidupkan rasa rindu ini dalam hati kakak. Supaya lebih banyak kakak dapat "bekalkan" abah.

Ya allah ampuni dosa kedua ibu bapa kami,kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Tempatkan mereka dikalangn orang orang beriman.


7 comments:

Arena said...

Salam IV.

aku suka ayat ni " Abah cakap jgn tunggu kaya untuk bersedeqah. Jangan tunggu ikhlas untuk berbuat baik. Abah cakap buat baik kena belajar baru jadi kebiasaan." Alfatihah utk abah. Such a wise man.

Naz in Norway said...

Salam IbuVouge,
Al Fatihah untuk Ayahanda.

IbuVouge said...

Salam arena (((( hug)))
he is simple man..tak blaja tinggipun

Sis naz
tq ya

IbuVouge said...

Salam arena (((( hug)))
he is simple man..tak blaja tinggipun

Sis naz
tq ya

oren said...

takziah utk arwah abah..

Sya said...

Al Fatihah utk arwah abah

pB said...

hanya yang mengalami nya , tahu erti kerinduan itu ....

rindu itu tidak pernah hilang, kan